Showing posts with label MAKLUMAT KESURE. Show all posts
Showing posts with label MAKLUMAT KESURE. Show all posts

23 Jun 2011

AHLI JAWATANKUASA KESURE TAHUN 2011 / 2012


MESYUARAT AGUNG KELAB KEBAJIKAN, SUKAN DAN REKREASI
(KESURE) TELAH DIADAKAN PADA 28 MAC 2011 BERTEMPAT DI
AUDITORIUM, BSLN. AGENDA MESYUARAT INI ADALAH UNTUK
MELANTIK AHLI JAWATANKUASAYANG BARU BAGI TAHUN 2011/2012.
KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA AJK TAHUN
2009/2010 KERANA KOMITMEN YANG TELAH DIBERIKAN. TERIMA KASIH JUGA KEPADA AHLI-AHLI KESURE YANG LAIN KERANA MELANTIK DAN
MEMBERIKAN KEPERCAYAAN KEPADA BARISAN AJK YANG BARU
UNTUK MENERUSKAN AKTIVITI DAN PROGRAM KELAB KESURE INI.



SELAMAT BERKHIDMAT !!

  
SEJARAH PENUBUHAN KESURE


Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KESURE) Balai Seni Lukis Negara telah
didaftarkan sebagai suatu penubuhan di bawah Seksyen 7
Akta Pertubuhan 1966 pada 7hb September 2006 bernombor pendaftaran
1238-06-WKL. Kelab ini beralamat di Balai Seni Lukis Negara,
No.2 Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur.


Penubuhan Kelab KESURE ini adalah cetusan idea dari bekas kakitangan
BSLN iaitu Allahyarham Encik Md Darus Bin Hj. Abd Manaf.



TUJUAN DAN OBJEKTIF


1.     Memupuk budaya kemasyarakatan yang sihat dikalangan ahli
        kelab melalui kerjasama dan semangat kekeluargaan yang jitu.


2.     Membantu kemudahan untuk bersukan dan rekreasi melalui penganjuran
        aktiviti-aktiviti  kesukanan dan rekreasi diantara ahli kelab.


3.     Mengeratkan persahabatan dan perhubungan silaturrahim diantara
        ahli kelab dan membentuk ahli / kakitangan BSLN yang sihat dan

        berdaya saing.